 |
|
Friday, December 29, 2006
Aku tak sangka..rupa-rupanya masih ada lagi kawan yang sanggup melukai hati sahabat lama semata-mata untuk memuaskan hati sahabat baru..kenapa??? Aku sendiri tak mengerti walhal segala susah payah,suka duka dilalui bersama...Sudah bertahun-tahun bersama tiba-tiba bila datang orang baru dalam kumpulan kami, semuanya seolah-olah mahu menjadikan orang baru sebagai sahabat sejati konon... Aku tau bagaimana perasaan kawanku yang aku anggap seperti kakak ku sendiri.Betapa susahnya untuk melepaskan kasih sayang yang sudah lama bertaut lalu ia pergi begitu sahaja.. Walaupun aku juga masih baru dalam kumpulan itu tapi aku sendiri dapat rasakan perasaan itu..
Kini...Puas la orang yang selama ini mereka 'percaya' sangat kerana telah berjaya merosakkan hubungan yang telah dibina sekian lama..
Mudahnya untuk 'melupakan kasih sejati' kan?? Tapi aku rasa 'perasaan' itu hanya hadir pada orang yang tak tahu menilai 'intan dan permata' juga erti 'pengorbanan' dan 'nilai sahabat sejati' yang sebenar..
Aku pasti Tuhan Maha Kaya dan Saksama..Semoga Tuhan akan mengembalikan segala keadilan dan membuka mata hati kawan-kawan ku yang lain siapa sebenarnya yang seperti 'duri dalam daging'..
Aku percaya..Suatu hari nanti akan timbulnya cahaya dan sinar yang akan menerangi sebuah perhubungan yang masih di dalam kegelapan dan dilema ini..
Semoga bertemu dengan orang yang betul-betul layak digelar sahabat sejati..
Aku pasti ada hikmah disebaliknya..
Di tayangkan padaFriday, December 29, 2006 oleh Editor ctfiera86 & aDiQLaDy
Thursday, December 28, 2006
:: CT MENANGIS GARA2 PEMINAT ::
DEWAN terbuka di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) menjadi saksi apabila buat pertama kalinya, penyanyi Siti Nurhaliza menitiskan air mata apabila 2,000 peminatnya enggan berganjak walaupun persembahan tamat ketika Konsert HotLink On Tour di Terengganu, minggu lalu.
Kesedihan dan perasaan terkilan Siti yang berasakan peminatnya masih tidak berpuas hati dengan tiga lagu disampaikan tidak dapat disembunyikan apabila dia menangis teresak-esak di belakang pentas, sambil sebahagian peminatnya masih menjerit meminta dia muncul semula untuk meneruskan persembahan.
Walaupun konsert dijadualkan bermula kira-kira jam 4.30 petang, tetapi sebahagian peminat yang terlalu dahagakan hiburan membanjiri dewan yang hanya mampu menampung 1,000 pengunjung dua jam lebih awal.
Bagi tidak menghampakan peminat, pihak penganjur mengadakan perbincangan dengan pasukan keselamatan meminta kebenaran agar mereka dibenarkan memasuki dewan berhawa dingin itu.
Kemunculan Siti yang berseluar jeans biru membuatkan sebahagian pengunjung menyerbu ke depan pentas membuatkan pasukan keselamatan termasuk Rela terpaksa bekerja keras mengawal keadaan yang menampakkan seolah-olah tidak terkawal.
Siti menggunakan segala pengalamannya menasihatkan mereka bertenang dan duduk bagi memberi peluang kepada peminat di barisan belakang dapat menyaksikan persembahan.
Memulakan persembahan, Siti yang dikawal rapi abangnya, Ayie menyampaikan Lagu Rindu sebelum menyanyikan lagu Bukan Cinta Biasa dan lagu terakhir Seindah Biasa.
Bagi mengelak kejadian buruk berlaku kerana sebahagian peminatnya seolah-olah seperti mahu 'merusuh', Siti terpaksa memanggil Ayie dan kemudian memilih satu lagi lagu untuk peminatnya. Sebelum menyampaikan lagu terakhir, Kau Milik Ku, Siti seperti biasa mengundang kanak-kanak untuk menari bersamanya.
 SATU PERJUANGAN: Yazer, Siti, Kefli dan Elliza sempat bergambar selepas membuat persembahan di Terengganu.
Siti amat terharu dengan sambutan diberikan peminatnya. Baginya, berdasarkan sambutan diberikan itu begitu baik, konsert itu sepatutnya diadakan di tempat lebih luas.
"Siti minta maaf banyak-banyak kerana dewan yang berhawa dingin ini tidak mampu menampung lebih 5,000 peminat yang terpaksa menyaksikan persembahan melalui layar besar yang dipasang di luar dewan," katanya sambil menangis teresak-esak di belakang pentas.
Selain Siti, tiga artis Akademi Fantasia 3 (AF3) iaitu Elliza, Yazer dan Kefli juga bijak mengawal keadaan.
Walaupun masih baru dan nasib mereka tidak sebaik juara AF3, Mawi yang kini sudah mempunyai album, tetapi persembahan Eliza, Yazer dan Kefli tetap mempesonakan pengunjung.
Elliza menyampaikan dua lagu - Mari Berpesta dan Tiada Lagi Tangisan manakala Yazer menerusi lagu Ready For Love dan Gerhana. Penyanyi yang diberi gelaran kecil-kecil cili api, Kefli pula bertenaga menyampaikan lagu Hati Emas dan Mungkin.
X-LUSIVE dari : SITIZOE.COM
Di tayangkan padaThursday, December 28, 2006 oleh Editor ctfiera86 & aDiQLaDy
Wednesday, December 27, 2006
Ok..Ni gambar candid ct lak..Kat sini kita leh tengok ct dalam keta...Siap wat peace lagi...eheks,comelnyerr.. Tapi gambarnye kecik laaa.. sorry k..
 ehsan daripada : sitizone.com
Di tayangkan padaWednesday, December 27, 2006 oleh Editor ctfiera86 & aDiQLaDy
Tuesday, December 26, 2006
FAMILY CT & MAJLIS CONFERENCE
Assalamualaikum..Khas untuk korang terutama untuk peminat ct yang x kenal dengan keluarga ct nih..Tp kalau da nama peminat, takkan x kenal kan.. Ok la..Moga pada yang x kenal tuh, leh la tengok gambar ni k..
Di tayangkan padaTuesday, December 26, 2006 oleh Editor ctfiera86 & aDiQLaDy
Sunday, December 25, 2005
Siti Nurhaliza, Taufik, Dayang, Jaclyn & many more- Sinaran
Di tayangkan padaSunday, December 25, 2005 oleh Editor ctfiera86 & aDiQLaDy
Di tayangkan padaSunday, December 25, 2005 oleh Editor ctfiera86 & aDiQLaDy
CT - MEDLEY DI SURIA SINGAPURA
Di tayangkan padaSunday, December 25, 2005 oleh Editor ctfiera86 & aDiQLaDy
Friday, October 28, 2005
Thursday, October 27, 2005
Di tayangkan padaThursday, October 27, 2005 oleh Editor ctfiera86 & aDiQLaDy
Wednesday, October 26, 2005
Di tayangkan padaWednesday, October 26, 2005 oleh Editor ctfiera86 & aDiQLaDy
|
|
|
|
 |
|
|
Nama, ZAFIRA IZMA BINTI RAZAK. Tapi orang panggil aku FIRA jek. Ade gak arr yang panggil ct..hehe..(pasan jap).. Aku dilahirkan hari Isnin lebih kurang dalam kul 6.25 pagi pada 25 SEPTEMBER 1986 berbintang LIBRA. Mama aku kata aku nih kuat nangis. Pantang lambat sket, ade jek yang x kena. Aku dilahirkan agak2 songsang gak la. Aku lahir di Hospital Daerah Kajang, Selangor. Aku nih peminat SITI NURHALIZA paling setia sebab tu la masa kat skool dulu kawan2 aku sumer panggil aku CT sebab kalau diorang panggil nama aku, aku x akan jawab sampai cikgu kat skool pon panggil aku CT tau..haha.. Issyyy.. Sonok betul masa tuh. Ok la, sampai ni jek dulu kot pasal diriku nih, kalau ade nanti aku tambah k. Aku ade email, so kalo ade sape2 yang berminat nak hanto klip dia yang sesuai dengan blog nih. Tak kisahlah ape2 pon tapi yang penting boleh terhibur tapi klip CT aku utamakan la..hehe.. Jangan marah ek.. Ok geng, ni email aku..
|
|
|
 |